INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Dun Serkam di bawah kepimpinan YB En. Zaidi Bin Attan, meliputi kawasan seluas 46.53km persegi. Aktiviti ekonomi utama masyarakat di sini adalah pertanian dan perikanan, sebahagian lagi bekerja di sektor industri, swasta dan awam. Dun Serkam mempunyai keunikan tersendiri di mana industri makanan laut (ikan bakar) telah menjadi penanda aras di kawasan ini. Empat(4) medan ikan bakar moden telah didirikan iaitu Medan Ikan Bakar Serkam, Pusat Ikan Bakar Terapung Umbai (PIBT Umbai), Medan Ikan Bakar Anjung Batu dan Medan Ikan Bakar Sempang telah dapat menarik kedatangan pelancong dari dalam di luar negera.

Dalam DUN Serkam terdapat Kawasan Perindustrian Halal Hub, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Projek Rimbunan Kasih. Kemudahan Kesihatan yang disediakan adalah Klinik Komuniti dan Klinik 1 Malaysia. Kemudahan infrastruktur dan prasarana sedia ada telah banyak member kemudahan kepada penduduk DUN Serkam dan akan terus dibangunkan oleh Jentera Pentadbiran Kerajaan demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Kawasan Parlimen : Jasin
Nama YB Ahli Parlimen : YB. Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hj. Hamzah
Dewan Undangan Negeri : Serkam
Nama YB Adun : YB En. Zaidi Bin Attan
Daerah / Bahagian : Jasin
Nama Pegawai Daerah : Encik Rahman Bin Mohd Din
Mukim : Serkam
Nama Penghulu Kawasan Dun : Encik Zakariah Bin Abu Bakar
Nama-nama Taman Perumahan : Taman Serkam Jaya, Taman Serkam Jaya Fasa II (serkam perdana), Taman Serkam Baru, Taman Serkam Maju & Taman Serkam Ria / Serkam Maju Fasa II
Japerun : Kompleks Penghulu Kg. Serkam, 77300 Merlimau, Melaka
Setiausaha Japerun : En. Ramlan bin Ali
Tel : 06-263 1172
Penghulu Serkam Darat : En. Anuar bin Abu Bakar. KM 17, Kg. Serkam Darat, 77300 Merlimau, Melaka
Penghulu Serkam : En. Mohd Sah bin Hashim. KM 18, Kg. Serkam Tengah, 77300 Merlimau, Melaka
Bilangan Penduduk : 6422 orang
Bangsa : Melayu (5202 orang), Cina (171 orang), India (289 orang), Lain-lain (29 orang) & Bukan Warganegara (731 orang)
Aktiviti Ekonomi Utama : Pertanian & Perikanan

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Pulau Besar
Jeti Nelayan Pantai Siring
Makam Tun Teja
Rumah Penghulu Mat Natar
Masjid Jamek Serkam
Kelong Abu

Tempat Makan Yang Menarik

Medan Ikan Bakar Serkam
Medan Selera Ikan Bakar Anjung Batu
Pusat Ikan Bakar Terapung Umbai (PIBT Umbai)
Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai
Cendol Seri Serkam

Homestay


Umri Homestay
Jalan Demang Baba
off Jalan Serkam Pantai
Km 18, Serkam Tengah
77300, Merlimau, Melaka.

Umri Homestay :
- Lot Berlian @ Delima (3 Room) - RM 200/Sehari
- Sewa Bilik – 1 Bilik RM 120/Sehari

Nearby Attractions:
- Pulau Besar
- Muzium Pulau Besar
- Jeti Pantai Siring
- Rumah Penghulu Md Natar
- Makam Tun Teja
- Perigi Portugis

Guests can enjoy the wonderful facilities that we offer
- Kitchen with basic kitchen utensils.
- Washing machine
- BBQ area
- Urutan Tradisional Refleksologi

Tel : 06-261 0129
Tn Hj Abd Jabar : 013-457 8603
Pn Hjh Safwan: 019-380 1786
Email : jabbar7862011@hotmail.com
Website : http://www.manakedai.blogspot.my/2011/06/umri-homestay-serkam-pantai-melaka.html

The Hut
KM 18 Kg. Serkam Timur 77300 Merlimau Melaka, Malaysia.
Homestay with a difference
The Hut offers 5 rooms:
- 3 single twin bed
- 2 queen bed

Nearby Attractions
- Masjid Jamek Serkam (200m, less than 5 min walking)
- Medan Ikan Bakar Serkam (500 m, 5 min walking)
- Jeti Nelayan Pantai Siring (2.6 km)
- Makam Tun Teja (3.5 km)
- Medan Ikan Bakar Umbai (6 km)
- Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung (14 km)
- Melaka City Centre (23 km, 25 min drive)

Guests can enjoy the wonderful facilities that we offer
- Kitchen with basic kitchen utensils
- Washing machine
- BBQ area
- Bicycle rent
- 24 hour CCTV
- 24 hour security
- Complimentary WiFi
- Free parking

Tel : 012-320 2611
Email : thehutmalaysia@gmail.com
Website : http://thehutmalaysia.blogspot.com/
Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Masjid Jamek Serkam

Masjid Jamek yang terletak di Serkam ini telah ditubuhkan pada 1953 yang mana ianya telah didirikan oleh orang terdahulu. Pada asalnya, peneroka-peneroka disini berasal daripada palembang dan dipercayai masjid yang bersejarah ini didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk disini.

Bentuk senibinanya seperti pagoda di mana tiang seri di dalam masjid dan atapnya adalah jariah daripada penduduk di sini. Batu-batu merah yang digunakan dipercayai di bawa daripada Pulau Besar dengan menggunakan perahu. Antara keistimewaannya, kayu seri 4 yang menjadi asas utama masjid ini berukuran 20 meter tingginya dipercayai di bawa daripada Lipat Kajang. Mimbarnya juga penuh dengan ukiran yang indah disamping terdapat kata-kata azimat dibawahnya.

Dataran Jasin

Dataran Jasin terletak kira-kira 800 meter dari Bandar Jasin yang mana ianya merupakan tempat beriadah bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Disini terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat refleksi, taman permainan, dataran, pentas serta kawasan sukan lasak bagi mereka yang berminat terhadap sukan tersebut dan pondok istirehat.

Pendidikan

Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah (dikenali sebagai SMASKM) ialah sebuah sekolah menengah arab berasrama yang memupuk pelajaran yang efektif berasaskan pendidikan agama Islam. SMASKM merupakan sekolah bantuan kerajaan JAIM sepenuhnya selain daripada sekolah-sekolah menengah agama yang terdapat di negeri Melaka. Walau bagaimanapun, usaha untuk menjana kecemerlangan yang berkesan masih ditanam di hati setiap pelajar di sekolah ini.

Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah Merlimau telah diasaskan pada bulan Januari, 1980 oleh Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan dinamakan Sekolah Menengah Majlis Agama Islam Merlimau. Sementara menanti bangunan sekolah sendiri siap dibina, warga sekolah ini terpaksa menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Merlimau. Pada peringkat awalnya bilangan guru di sekolah ini hanya tujuh orang sahaja (Majalah Al-Azhariah, 1998). Pada tahun 1981, warga sekolah berpindah ke bangunan Sekolah Kebangsaan Merlimau. Hasil sumbangan kerajaan Libya, sebuah asrama untuk pelajar putera dan sebuah kantin yang dikongsi bersama dengan Sekolah Kebangsaan Merlimau juga telah didirikan. Mulai tahun 1983, sekolah ini telah menerima guru-guru dan buku-buku teks yang dipinjamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Majalah Al-Azhariah, 1998).

Pada awal Januari 1991, warga sekolah ini telah berpindah dan menumpang untuk kali kedua di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Sejarah perpindahan warga sekolah ini tidak berhenti di situ sahaja, kerana sekali lagi dalam tahun 1992, mereka terpaksa berhijrah dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Pulai (Majalah Al-Azhariah, 1998). Setelah beberapa kali berpindah dan menumpang di bangunan sekolah lain, akhirnya pada tarikh 11 Disember 1991, majlis perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Tamby Chik di Kompleks Penghulu Serkam. Walau bagaimanapun, bangunan sekolah tersebut hanya dapat disiapkan pada bulan Mac, 1993 (Majalah Al-Azhariah, 1998).

Akhirnya, pada tahun 1993, setelah sekian lama berpindah randah dan menumpang di bangunan sekolah lain, warga sekolah ini telah mula menduduki bangunan mereka sendiri yang terdiri dari satu blok bangunan sekolah tiga tingkat yang mempunyai 13 bilik darjah, sebuah bilik guru, pejabat dan bilik pengetua serta sebuah kantin. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan, guru dan kakitangan sekolah ini juga telah meningkat kepada 486 orang pelajar, 26 orang guru, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah dan seorang jaga (Majalah Al-Azhariah, 1998).

Walaupun sekolah telah berpindah bangunan sendiri, pelajar-pelajar puteri masih kekal menumpang di bangunan asrama Sekolah Kebangsaan Merlimau manakala pelajar-pelajar putera seramai 50 orang pula telah menginap di beberapa buah rumah yang disewa di Taman Serkam Jaya, Merlimau, Melaka. Pada tahun 1996, bangunan kekal asrama puteri yang terdiri daripada satu blok bangunan empat tingkat telah siap dibina dan mula diduduki oleh pelajar-pelajar asrama puteri mulai bulan Ogos 1996. Walaupun sejarah penubuhan sekolah ini menempuh dan melalui berbagai kesukaran dan kepayahan, namun usaha warga sekolah ini untuk menonjolkan sebuah sekolah yang berasaskan pendidikan Islam telah menampakan hasilnya. Secara keseluruhannya, prestasi pelajar sekolah ini di bidang akademik dan agama ternyata cemerlang dan meningkat dari setahun ke setahun baik dalam peperiksaan awam di bawah Kementerian Pelajaran mahupun dalam peperiksaan yang dianjurkan sendiri oleh Unit Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sehingga pada tahun 1998, pelajar sekolah ini mendapat anugerah calon cemerlang dalam PMR dan SPM serta sekolah cemerlang PMR 1998 oleh Yayasan Melaka (Majalah Al-Azhariah, 1998).

Pada sesi persekolahan 1996, pengambilan masuk pelajar lelaki ke tingkatan peralihan dihentikan atas polisi JAIM untuk menjadikan SMASKM sekolah perempuan walaupun mendapat tentangan penduduk setempat. Ekoran dari itu maka pada tahun 2002, SMASKM menjadi sekolah perempuan seratus peratus (Majalah Al-Azhariah, 1998). Menurut Kad Laporan Perlaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, KPM juga telah bejaya dalam usaha mendaftar Sekolah-sekolah Agama Rakyat /Negeri dengan KPM yang dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah-sekolah ini mendapat semua kemudahan seperti yang diperoleh oleh sekolah bantuan kerajaan yang lain seperti guru-guru terlatih, emolumen guru, PCG murid dan peruntukan pengurusan. Sehingga ini, sebanyak 119 buah sekolah agama rakyat /negeri di seluruh negara telah pun mendaftar sebagai SABK dan seramai 4545 guru sekolah-sekolah tersebut telah diserap sebagai kakitangan kerajaan dan mendapat gaji berdasarkan skim pendidikan yang sedia ada. Sementara itu pada tahun 2006 juga, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil alih 14 buah sekolah Arab dibawah pentadbiran JAIM sebagai SABK. Tujuh buah daripadanya adalah sekolah menengah termasuklah SMASKM. Namun begitu, urusan kurikulum diniyyah dan bangunan serta tanah sekolah ini masih di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan JAIM.

Sebagai sebuah sekolah berasrama harian, pelajar-pelajar yang layak ditempatkan di Asrama Puteri SMASKM yang terdiri dari sebuah blok asrama tiga tingkat boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pelajar. Empat orang warden dan seorang penyelia asrama ditugaskan untuk pengurusan dan pengawalan pelajar di asrama (Majalah Al-Azhariah, 1998 ).

Kisah Kejayaan

An Nur Basyirah Binti Suhaimi
Celik IT

Umur:
13 tahun

No. Tel:
+60 17-219 2843

Keahlian PI1M:
4/8/2015

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Saya An Nur Basyirah Binti Suhaimi, tinggal di Taman Rimbunan Kaseh Serkam dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota yang terletak di kawasan Umbai. Saya adalah anak ke-2 daripada 4 adik-beradik. Saya seorang pelajar yang “Happy Go Lucky” serta rajin membantu guru di sekolah.

Ahli keluarga saya ada 6 orang . Ayah saya Suhaimi Bin Hussin berumur 44 tahun dan ibu saya Sharifah Binti Ismail berumur 36 tahun Ayah dan ibu saya bekerja sebagai pekerja ladang di ladang milik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), mereka berdualah yang telah membesarkan saya dan mendidik saya dari kecil sehingga besar tanpa mereka tiadalah saya. Saya amatlah bersyukur di lahirkan dalam keluarga ini. Saya mempunyai seorang abang iaitu Muhammad Syahiran Azizi bin Suhaimi berumur 14 tahun, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota yang terletak di kawasan Umbai dan juga seorang adik perempuan bernama An Nur Aqilah Balqis Binti Suhaimi berumur 11 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat. Selain daripada itu saya bakal mendapat seorang adik yang telah pun diberi nama Muhammad Faris Aidil bin Suhaimi yang kini berada dalam kandungan ibu saya yang mana sedang menunggu hari sahaja untuk melahirkan. Saya amat gembira dan bahagia bersama mereka. Saya sayang keluarga saya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Di sini saya ingin menceritakan sesuatu yang menarik di kampung saya iaitu terdapat sebuah Pusat Internet 1 Malaysia atau lebih dikenali sebagai PI1M, pada mulanya saya ingat tempat ini hanya seperti cyber cafe yang terdapat di luar sana tapi ternyata ianya sangat berbeza kerana harganya jauh lebih murah lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi ahli di pusat tersebut, 1 jam hanya RM 1.00 caj yang dikenakan untuk melayari internet di sana. Selain daripada itu, saya diberitahu oleh kakak yang bertugas di situ yang PI1M ini juga ada memberikan perkhidmatan latihan ICT secara percuma tidak mengira lapisan umur pada sesiapa sahaja yang berminat untuk belajar.

Setiap minggu saya selalu mengikuti kelas ICT yang diadakan di sana bersama adik-adik serta rakan-rakan saya yang lain. Macam-macam yang saya belajar seperti microsoft word, kakak aishah selalu bagi saya teks dan menyuruh saya menaip teks-teks tersebut katanya untuk memahirkan saya supaya pantas menaip dan untuk membiasakan saya dengan "keyboard" selain daripada itu saya juga di ajar tentang kegunaan ikon-ikon yang terdapat dalam microsoft word begitu juga dengan Microsoft yang lain seperti excel dan power point. Saya juga belajar macam mana hendak ambil gambar dari internet letak dalam teks yang saya sudah taip. Saya selalu datang ke PI1M untuk bermain permainan dalam komputer dan mencari maklumat. Apabila guru menyuruh saya membuat folio atau buku skrap, saya pasti datang ke PI1M untuk mencari maklumat yang di perlukan. Sebelum ini kebanyakan kerja kursus yang saya lakukan hanya menggunakan tulisan tangan, sekarang dengan adanya internet maklumat-maklumat mudah diperolehi semuanya di hujung jari sahaja. Selain itu, saya juga suka minta tunjuk ajar dari Kak Aishah atau Kak Maz, macam-macam idea diberikan supaya folio atau buku skrap saya nampak cantik dan kemas dengan itu dapatlah saya menyiapkan folio atau buku skrap yang disuruh buat oleh guru di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas saya mengikuti latihan ICT yang dijalankan di PI1M, saya lebih mahir dalam menggunakan sedikit sebanyak format-format serta icon-icon yang terdapat dalam Microsoft office yang sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan kerja kursus saya. Cikgu di sekolah juga memuji hasil kerja kursus saya yang kemas dan cantik. Saya kini lebih mahir dalam mencari maklumat di dalam internet. Pelajaran saya semakin meningkat sikit demi sedikit setelah saya mengetahui perisian internet. Kerja-kerja saya lebih mudah apabila adanya internet yang membantu saya dalam mencari maklumat dan lain- lain di dalam komputer.

Bagi saya internet sangat berguna kepada manusia sama ada mencari maklumat, membuat kerja dan pelbagai lagi. Selain itu, PI1M juga memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masyarakat tempat terhadap teknologi komputer dan internet. Ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan PI1M. Saya amat bersyukur PI1M dibuka di kampung saya. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar saya berharap PI1M ini akan kekal di kampung saya yang mana bukan sahaja dapat membantu saya malah keluarga, rakan-rakan serta seluruh warga kampung saya.

Maklumbalas pendapat:
Bagi saya internet sangat berguna kepada manusia sama ada mencari maklumat, membuat kerja dan pelbagai lagi. Selain itu, PI1M juga memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masyarakat tempat terhadap teknologi komputer dan internet. Ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan PI1M. Saya amat bersyukur PI1M dibuka di kampung saya. Masih banyak lagi yang saya perlu belajar saya berharap PI1M ini akan kekal di kampung saya yang mana bukan sahaja dapat membantu saya malah keluarga, rakan-rakan serta seluruh warga kampung saya.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai An Nur Basyirah Binti Suhaimi:



Bengkel Latihan ICT yang dihadiri

Keusahawanan
PEMILIK : Habsah binti Hussain
NAMA SYARIKAT : Dekota Pelangi Sdn Bhd
ALAMAT PERNIAGAAN : Lot 128, Blok B , Melaka Halal Hub Serkam , 77300 Merlimau, Melaka
TARAF PERNIAGAAN : 100% BUMIPUTERA
JENIS PERNIAGAAN : Pengusaha & Pengeluar Pelbagai Sos dan rempah ratus
HUBUNGI OFFICE : 06-2631288
HUBUNGI H/P : 0136004028 / 0196639464
HUBUNGI FAX : 06-2634131
E-MAIL : dekotapelangi_nur@yahoo.com
WEBSITE : http://www.nurdpsb.com.my & https://www.facebook.com/Dekota-pelangi-sdn-bhd-293084834127613/ & http://dekotapelangi.blogspot.my/
PRODUCT : Sauce and ketchup Chili sauce, Oyster sauce, Lemak Manis ketchup, Lemak Masin ketchup


PEMILIK : Mohd Nazri Bin Kamis
NAMA SYARIKAT : GroFine (M) Sdn Bhd
ALAMAT PERNIAGAAN : No 126 Melaka Halal Hub Serkam,77300 Jasin Melaka
TARAF PERNIAGAAN : 100% BUMIPUTERA
JENIS PERNIAGAAN : Pengusaha Hasilan Santan & Soya
HUBUNGI H/P : 014-2261500 / 0163211700(Siti Khairani)
FAX : 06-2631800
E-MAIL : grofinesantan@gmail.com
PRODUCT : Coconut milk and soy, Fresh coconut, Fresh Soy, Kaya Pandan, Rendang Londang Beku, Kerisik Londang, Soya Bandung Cincau




PEMILIK : EN. AMRAN BIN HAMID DAN PUAN AZIZAH BT MAD SAH
NAMA SYARIKAT : IBU ZIZAH ENTERPRISE ( MA0146698-V)
ALAMAT PERNIAGAAN : NO 127 MELAKA HALAL HUB SERKAM, 77300 MERLIMAU, MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
TARAF PERNIAGAAN : 100% BUMIPUTERA
JENIS PERNIAGAAN : PENGUSAHA DAN PENGEDAR KEREPEK UBI BERPERISA
HUBUNGI OFFICE : 06 – 2633957
H/P : 017-7656451 / 0133866780
FAX : 06 – 2633957
WEBSITE : http://ibuzizah.weebly.com/



PEMILIK : Norlela Binti Mohd Noordin
NAMA SYARIKAT : Mynor Enterprise
ALAMAT PERNIAGAAN : Lot 131, Melaka Halal Hub, Serkam, 77300 Melaka
TARAF PERNIAGAAN : 100% BUMIPUTERA
JENIS PERNIAGAAN : Pengusaha dan Pengedar Makanan Sejuk Beku.
HUBUNGI H/P : 017-3234218 / 017-3412924
FAX : 06-2881649
E-MAIL : mynor63@yahoo.com
WEBSITE : http://www.hdcglobal.com/publisher/melaka_mynor
PRODUCT : Samosa, Popia, Karipuff, Begedil, Donat



The Hut @ Serkam

Experience staying in a Malay kampung environment away from the busy city.

KONSEP
Idea kami adalah untuk mewujudkan sebuah chalet gaya tradisional yang sepadan dengan persekitaran kampung . Oleh itu, kami telah memutuskan untuk menggunakan kayu tebus guna bagi kebanyakan bahagian luar dan kami memasang nipah untuk bumbung. Menggabungkan dengan landskap tropika yang indah, The Hut menggabungkan dengan baik dengan suasana kampung yang damai.

Location
KM 18, Kampung Serkam Timur, Jalan Serkam Pantai, 77300, Merlimau, Melaka, Malaysia.

Coordinates: 2.138687, 102.384205
Contact Us
• 60 12-320 2611 (Khairul)
• 60 19-621 5005 (Othman)
• thehutmalaysia@gmail.com
• https://www.facebook.com/thehutmalaysia