Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.

Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.

Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


ONLINE GAMES (SNORING PIRATE)

13 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pertandingan snoring pirate daidakan di Pi1M Serkam. Pertandingan ini diadakan bagi melihat kepantasan dan menguji minda peserta membangunkan gajah yang sedang tidor... baca selanjutnya

KIDS FUN FESTIVAL

28 - 29 November 2015 | Aktiviti Terkini

Kids Fun Festival 2015 diadakan di Muzium Istana Kesultanan Melaka bersebelahan dengan Kota A' Famosa, dianjurkan oleh SG Graphic Industri. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak kurang upaya dan istimewa (AUTISME). Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti, Kid's Dance, Pertandingan Mewarna, Kids Fashion Show dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik.

GOTONG ROYONG

17 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Mengeratkan silaturahim antara peserta dan pihak PI1M dan kerjasama antara peserta bagi memastikan sekitar kawasan PI1M bersih dan kemas.

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya