Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Al-Kisah dimulakan mengarang sejarah Kampung Serkam. Adapun Kampung Serkam ini diambil namanya daripada sekam padi. Maka asal pada Nur Muhamad, kejadian padi asal ia kulit padi, menjunjung kulit-kulitnya belah dua terbuka sebelah atasnya malam malam di isi oleh air embun apabila air embun penuh kulitnya katup air embun pekat jadi santannya lama-lama berat ia meluntur tangkai padi tunduk.

Kata orang tua-tua “ikutlah resmi padi, jangan ikut resmi lalang”. “Ada padi serba jadi, ada beras serba deras”. Maka Kampung Serkam sebelah daratnya ada bukit, diatas bukit ada pohon kelapa tempat orang berteduh masa mengangin dan menumbuk padinya di situ. Sebab itu di situ banyak sekam padi berlonggok dinamakan Kampung Sekam.

Tetapi kebanyakan orang tua tiada setuju nama sekam, lalu diubahnya dengan nama serkam. Kalaupun diterjemahkan pada bahasa Arab ‘ser’ maknanya rahsia dan ‘kam’ maknanya beberapa. Boleh dikatakan ‘beberapa rahsia’. Lekatlah nama Serkam hingga sekarang.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Taklimat KDB & E-Waste

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2017

Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda... baca selanjutnya

Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2017

Aktiviti ini dapat mengetengahkan bakat pelajar dalam mencipta robot, mendidik pelajar agar dapat mencipta robot yang... baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya 2017

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Tujuan Sambutan Hari Raya 2017 ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan staf PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Raya 2017

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017

Tujuan Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Raya 2017 ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta untuk mencipta dan mengasah bakat mereka untuk menghasilkan Kad Raya Aidilfitri yang cantik, menarik dan kreatif menggunakan perisian komputer... baca selanjutnya

Taklimat KDB Kolaborasi SKMM, PI1M Serkam, PI1M Merlimau & PI1M Terentang

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2017

Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka(ibu-bapa, penjaga)... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 25 - 27 April 2017

Mengajar asas-asas robotic kepada pelajar dan dapat membantu meningkatkan kemahiran tentang robitik... baca selanjutnya

March4Hope #GoGreen

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

Menyampaikan harapan dan impian rakyat Malaysia khususnya para belia tentang perkembangan dan pembangunan teknologi hijau terhadap kemajuan Negara... baca selanjutnya

Taklimat E-Waste

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan program Kewajipan Lanjutan Pengeluar (EPR). EPR adalah sistem pengurusan produk dan sisa supaya pengeluar... baca selanjutnya

Online Educational Games–Fast Typing Speed

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat kepantasan dan kemahiran para peserta menaip text yang diberikan... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya